Program Kemasyarakatan (Sumbangan Buku Bacaan) daripada pelajar-pelajar Sarjana bidang Pendidikan Bahasa Melayu, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia
27 Januari 2017 | Aktiviti TerkiniPelajar - pelajar Sarjana bidang Pendidikan Bahasa Melayu, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia bercadang untuk melaksanakan program kemasyarakatan yakni menyumbang buku-buku bahan bacaan kepada Pusat Internet Niah Suai pada 26 Januari 2017 (Khamis) jam 8.00 Pagi dan berakhir pada 9.30 Pagi.
Program ini dijayakan di dalam dan diperkarangan Pusat Internet Niah Suai dengan kehadiran 48 orang Mahasiswa/Mahasiswi UKM, seorang Profesor UKM (Falkulti Bahasa Melayu) iaitu Professor Dr. Zamri Mahmood, Penghulu Kampung Sepupok, Wakil daripada Jabatan Penerangan Daerah Niah dan Pengurus serta Penolong Pengurus PI Niah Suai.
Tujuan sumbangan buku bacaan tersebut dilakukan kepada PI Niah Suai adalah untuk memberi peluang dan ruang kepada PI Niah Suai untuk mencipta ruangan bacaan atau Mini Perpustakaan bagi kegunaan komuniti setempat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: